Standalone vs Investment Link

Medical Card Standalone vs Rider


Produk takaful semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. Jika dahulu rata-rata produk takaful direka untuk membina tabungan, sekarang ia ditambah baik untuk memberi pilihan mengikut keperluan yang pelbagai.
Sekarang kita sudah ada takaful medical card standalone. Jadi ramai bertanya kepada saya apa bagusnya medical card standalone.
Pertama sekali, sebelum kita pergi lebih lanjut, sudah berapa lama tuan tidak semak polisi?

Sampai umur berapa anda dilindungi?
Jikalau tuan sudah lama tidak review polisi medical card, berkemungkinan besar medical card tuan hanya melindungi tuan sehingga umur 70 tahun sahaja.
Sekarang kebanyakan medical card boleh cover sehingga umur 100 tahun.
Ini pun kita dikira sebagai ‘gula-gula’ dalam takaful, walhal purata umur orang dewasa adalah sehingga 72-75 tahun sahaja.
Tetapi apa salahnya jika ambil sehingga 100 tahun.

Medical Card sebagai Rider
Medical card takaful biasanya ditawarkan sebagai rider dalam polisi takaful hayat. Apabila kita sebut rider, ia bermaksud ia adalah pilihan tambahan yang perlu diambil bersama polisi pelaburan.
Maksud kedua, ia akan ada cash value (nilai tabungan) selepas beberapa tahun kita carum.
Biasanya dalam tahun pertama sehingga tahun ketiga, nilai tabungan kita masih rendah. Jadi kita tetap perlu bayar caruman on time.

Medical Card Standalone
Ia dipanggil standalone kerana ia ditawarkan secara bersendirian. Maksudnya kita boleh hanya dapat polisi medical card tanpa sebarang polisi pelaburan atau simpanan.
Ia nampak murah sebab kita hanya bayar caruman medical card sahaja.
Kekurangannya ia tiada cash value (nilai tabungan) yang menyebabkan jika kita terlewat bayar maka polisi akan luput (lapse).

Apa beza antara dua?
Apabila kita mengambil medical card rider, kita perlu mengambil sekali polisi pelaburan. Wajib!
Kami compare dua medical card untuk kanak-kanak (bagi usia 30 hari sehingga 18 tahun) yang mempunyai coverage hampir sama. Harga bilik hospital yang boleh masuk juga tinggi iaitu RM300 sehari. Satu rider dan satu lagi standalone.
Untuk caruman bulanan bagi medical card rider, jumlahnya lebih kurang RM180 sebulan sebab ada bahagiannya dimasukkan ke dalam polisi pelaburan.
Bagi medical card standalone, jumlahnya caruman lebih kurang RM90 sebulan.
Ada perbezaan yang besar iaitu RM90.

Mana yang lebih baik?
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.
Bagi orang dewasa, kami sarankan ambil sekali dengan polisi takaful hayat supaya dapat bina plan Income Protection terus. Tetapi untuk kanak-kanak kami lebih syorkan untuk ambil medical card standalone.
“Tetapi tiada nilai tabungan. Rugi saja saya carum setiap tahun, tetapi tiada cash value.”
Kita ambil medical card bukan untuk menyimpan duit, kita ambil medical card untuk cover kos rawatan hospital.
Tadi pun kita nampak ada lebihan RM90. Lebihan itu tuan boleh gunakan untuk simpan di dalam instrumen pelaburan yang lebih baik seperti unit trust atau Tabung Haji.
RM90 jika disimpan dalam pelaburan yang boleh beri pulangan sekitar 6% setahun, nilainya akan berganda kepada lebih kurang RM41,000.
Ini jauh lebih tinggi daripad mengambil takaful pendidikan.
“Tetapi medical card standalone tiada payor benefit.”
Payor benefit adalah salah satu rider yang biasa ditambah bila kita ambil medical card sebagai rider. Bagi kanak-kanak, caruman mereka akan waive (bayaran caruman digugurkan) sehingga usia 23 tahun sekiranya si ayah meninggal dunia.
Kita kira berapa sebenarnya jumlah payor benefit ini.
Katakan caruman bulanan adalah RM180. Setahun ia jadi RM180 x 12 = RM2,160
Kita darab dengan 23 tahun, jumlahnya jadi RM49,680 atau lebih kurang RM50,000
Bagi mendapatkan pampasan yang sama, kami sarankan si ayah mengambil polisi takaful hayat dan bina plan Income Protection.

Bagi menambah jumlah pampasan si ayah kepada RM50,000, nilai caruman tambahan si ayah perlu tambah lebih kurang RM15 sebulan sahaja.


PS: Payor benefit akan waive caruman bulanan untuk polisi anak selagi tidak berlaku kenaikan harga. Jika berlaku kenaikan bayaran, kita masih perlu bayar jumlah kenaikan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

[New Update] MEDIKAL KAD HLMT

i Flexi Protect by HLMT